RSS

Ringgit & Cents - CD Jimat ke?

Boleh Jimat ke dengan berCD?

Tempoh pemakaian lampin bagi seorang anak adalah 2.5 tahun hingga 3 tahun. kami membuat pengiraan kos antara disposable diapers dengan cloth diaper bagi memastikan anda tahu penjimatan yang dapat anda lakukan dengan berCD..

Anggaran pengunaan lampin sehari adalah 7 keping bg disposable diapers ( DD) & cloth diapers (CD)

Disposable diapers ( DD)
Sehari - 7pcs x 0.60 = RM4.20 ( okla..kurang dari harga lunch kiter jer)
Sebulan - RM4.20 x 30= RM126.00 ( maybe hanya 5% dari gaji anda sebulan)
Setahun - RM126 x 12bulan= RM1533.00 ( cukup banyak bagi saya)
3 tahun - RM1533 x 3 thn = RM4599 ( adakah anda pernah terfikir, ini jumlah yg anda telah belanjakan)

Cloth Diaper(CD)
anggaran 20-30keping CD perlu digunakan sepanjang anak anda berCD


Contoh kiraan : 20keping CD ( boleh dibasuh selang 2hari)
RM30 x 10pcs = RM300 ( perlu basuh setiap hari)
RM30 x 20pcs = RM600 ( Basuh selang 2hari)
RM30 x 30pcs = RM900 ( Basuh selang 3 hari)

Jadi
RM4599 (DD) - RM900 (CD) = RM3699 ( penjimatan ynag boleh digunakan untuk pendidikan/tabungan anak)

apa tunggu lagi..jom beli CD!!

Kenali CD



Kenali CD anda :

Lapisan Luar - Dibuat daripada polyurethane laminate(PUL),  digunakan sebagai lapisan paling luar (outer layer) yang bersifat kalis air. terdapat juga CD yang menggunakan lapisan luar daripada fleece/woll/cotton.

Lapisan dalam - Microfleece ianya lembut berwarna putih.Ia memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa

Elastic Band - mengelakkan kebocoran dibahagian peha bayi

Butang penyelaras - untuk menyelaraskan saiz yang sesuai bagi anak anda, dan memastikan CD betul-betul selesa bagi mengelakkan kebocoran dibahagian peha/ di bahagian pinggang

Poket - lubang untuk memasukkan insert, ianya boleh dimuatkan dengan 1 @ 2 insert. Bagi bayi yang kerap kencing,penggunaan 2 insert amatlah disarankan.

Insert - dibuat daripada mikrofiber, material yang dapat menyerap sehingga 8 kali basahan. Elakkan insert mikrofibre daripada menyentuh kulit bayi anda secara lansung, kerana material mikrofiber boleh menyerap lembapan semulajadi kulit dan akan mengakibatkan kekeringan kulit. terdapat juga insert yang dikenali sebagai bamboo insert dan hemp insert. bamboo dan hemp dibuat daripada bahan semulajadi boleh bersentuhan secara langsung dengan kulit bayi. hemp dan Bamboo mempunyai daya serapan yang lebih baik daripada mikrofiber.