RSS

Kenali CD



Kenali CD anda :

Lapisan Luar - Dibuat daripada polyurethane laminate(PUL),  digunakan sebagai lapisan paling luar (outer layer) yang bersifat kalis air. terdapat juga CD yang menggunakan lapisan luar daripada fleece/woll/cotton.

Lapisan dalam - Microfleece ianya lembut berwarna putih.Ia memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa

Elastic Band - mengelakkan kebocoran dibahagian peha bayi

Butang penyelaras - untuk menyelaraskan saiz yang sesuai bagi anak anda, dan memastikan CD betul-betul selesa bagi mengelakkan kebocoran dibahagian peha/ di bahagian pinggang

Poket - lubang untuk memasukkan insert, ianya boleh dimuatkan dengan 1 @ 2 insert. Bagi bayi yang kerap kencing,penggunaan 2 insert amatlah disarankan.

Insert - dibuat daripada mikrofiber, material yang dapat menyerap sehingga 8 kali basahan. Elakkan insert mikrofibre daripada menyentuh kulit bayi anda secara lansung, kerana material mikrofiber boleh menyerap lembapan semulajadi kulit dan akan mengakibatkan kekeringan kulit. terdapat juga insert yang dikenali sebagai bamboo insert dan hemp insert. bamboo dan hemp dibuat daripada bahan semulajadi boleh bersentuhan secara langsung dengan kulit bayi. hemp dan Bamboo mempunyai daya serapan yang lebih baik daripada mikrofiber.

0 comments:

Post a Comment