RSS

SENARAI PRODUK


SEnarai CD yang Di tawarkan

Penjagaan & pengunaan CD anda

Cara menggunakan CD

Sebelum menggunakan CD pada pertama kali, anda mesti
1. Lakukan Pre Wash sekurang-kurangnya 3 kali dengan air tanpa sabun  ( basuh - jemur-kering - 3x) untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan lagi kemampuan serapan basahan.ianya seperti tuala yang kita gunakan,semakin lama digunakan, daya serapan bertambah baik.

2. Anda perlu setkan dahulu saiz CD mengikut saiz semasa anak anda S-M-L.Cara menyelaraskan seperti dibawah


3- bagi penggunaan siang hari, 1 insert sudah mencukupi dan 2 insert pada waktu malam. CD boleh dipakai sehingga 3-4jam.sama seperti DD ( pampers).

4- tukar keseluruhan set CD ( pocket CD) setiap kali penggunaan. Jangan hanya menukar insert dan menggunakan CD yang sama, untuk mengekalkan hygenic.

5 - Selepas penggunaan, letakkan CD didalam baldi yang kering. CD tidak perlu direndam.
Bagi CD yang terkena poo-poo(najis), buang poo2 kedalam toilet, siram dengan air/boleh gunakn paip dengan semburan yang laju untuk membuang poo2 yang tertinggal. jangan berus CD untuk mengekalkan kelembutan microfleece.


Jom basuh CD anda..

1. CD boleh dibasuh menggunakan tangan ataupun mesin basuh. untuk kuantiti CD yang sedikit, cucian tangan amat mudah. Dengan syarat paling utama : GUNAKAN KUANTITI SABUN YANG SEDIKIT SAHAJA
Sabun untuk membasuh CD TIDAK BOLEH mengandungi ENZIM/PELUNTUR/PELEMBUT/PEWANGI
Ini kerana bahan-bahan tersebut akan menjejaskan daya serapan insert dan mungkin menyebabkan masalah CD bocor.

Antara sabun yang biasa digunakan untuk mencuci CD - pureen HAD,pencuci serbuk jenama biasa(trojan,kuat harimau,daia dan sebagainya- yang murah je). Jika menggunakan pencuci cecair - dynamo dan lain2..pastikan hanya sedikit digunakan kerana pencuci ini pekat.

2-Cucian tangan - Bilas CD dangan air untuk menghilangkan kencing,basuh menggunakan kuantiti sabun yang sedikit dan bilas lagi dengan menggunakan air banyak. pastikan tiada lagi kesan sabun pada CD untuk mengelakkan kerengsaan pada kulit bayi.

3- Mesin Basuh- Bilas CD dengan air, masukkan CD kedalam laundy net/washing net untuk memastikan CD tahan lama dan tidak cepat rosak.Gunakan kuantiti sabun 1/4 daripada cucian biasa

4- Jemur CD di bawah sinar matahari. Kekuningan pada insert ataupun pocket diaper akan hilang selepas di jemur.

5- Amatlah TIDAK DIGALAKKAN anda mencuci CD bersama pakaian lain, untuk menjada kesucian pakaian2 lain dan juga untuk menjaga INSERT, mikrofibre akan menarik benang2 dipakaian lain dan akan menutupi liang2 pada mikrofiber tersebut, ini akan mengurangkan daya serapan CD anda

CD MAINTAINENCE (STRIPWASHING)

Mengapa mesti melakukan STRIPWASHING??
CD yang telah lama digunakan dan dibasuh, lama kelamaan akan menyebabkan sisa2 sabun melekat.Ini akan menimbulkan masalah CD bocor.
1- Scrub CD dengan menggunakan tangan. Jangan menggunakan berus kerana akan merosakkn microfleece.
2- Masuk dalam mesin basuh, campurkan cuka dan air suam. Basuh seperti biasa.